super2 human!!!!

tinggalkan jejak.. zura akan ikut nanti :)

Tuesday, May 17, 2011

BAB 3: HUBUNGAN GURU - MURID

PENGENALAN
  • hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid
  • hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak
MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID
  • komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai objektif p&p
  • guru perlu sentiasa mengwasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka
  • guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid
  • komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid
  • guru yang menghormati dan peka dengan  murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid
  • mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah
  • guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah
kepentingan membina hubungan guru - murid

  • kepada guru
    • menaikkan motivasi dan semangat guru
    • murid lebih senang dikawal
    • memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru
    • menaikkan imej guru
  • kepada murid
    • murid lebih minat belajar
    • murid lebih memberikan kerjasama kepada guru
    • meningkatkan pencapaian akademik murid
    • murid lebih bermotivasi untuk belajar
faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid
  • penampilan dan bahasa badan guru
  • menunjukkan contoh teladan yang baik
  • persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah
strategi membina hubungan positif guru - murid
  • ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
  • menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah
  • agihkan tanggungjawab bersama
  • tetapkan jangkaan yang realistik
  • tunjukkan keprihatinan
  • masukkan unsur kecindan dalam komunikasi
amalan budaya penyayang
  • hormat
  • autentik
  • keprihatinan integriti emosi
  • menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid
  • strategi mengamalkan budaya penyayang
    • menerapkan elemen mengambil berat
    • membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah
    • hormat menghormati
    • guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan pelajar
dinamika bilik darjah
  • dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama
    • dinamika kumpulan
      • boleh dikenal pasti memalui kajian sosiometri
    • kajian sosiometri
      • membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam bilik darjah
    • penularan
      • ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain
faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan
  1. jantina
  2. agam/bangsa
  3. status sosioekonomi
peranan guru dalam dinamika kumpulan
  • kanal pasti bentuk dinamika
  • perhatian kepada murid yang tersingkir
  • guakan kuasa penularan
  • bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
  • guru sebagai ketua dinamika bilik darjah
sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

4 comments:

  1. ingtkan hubungan cikgu kawen ngan student.. heHe

    ReplyDelete
  2. hehe ni nota ringkas tok exam khamis ni.. cara baru nk study :)

    ReplyDelete
  3. 5 bab lg!! hahaha chayok2!! :P

    ReplyDelete
  4. dik.. bagus sgt.. tq sgt2.. akak nk gune ntk mqa ni.. hiihihi...

    ReplyDelete

super human sayang zura :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...