super2 human!!!!

tinggalkan jejak.. zura akan ikut nanti :)

Monday, May 30, 2011

cinta~~~

aku cinta kau 
MOHD SHAFIQ BIN MOHD HALIM

Sunday, May 29, 2011

kembali balik ke pasar ikan selepas 10 tahun aku tinggalkan kenangan indah itu :)

arini pagi2 mak aku kejut
suh tolong bapak aku kat pasar ikan jual nasi lemak
hehehe
ngantok tp syok sbb aku dh bese
kecik2 dulu aku tolong tok aku niaga nasi lemak
dapatla upah leh la beli BMX sebijik :P hehehe <-- tipu

hehe syok2.. hope esok de lagi :)
p/s: xleh lari dr mata duitan :P

Thursday, May 26, 2011

tiada lagi si mata duitan

berubah
blog under construction lagi ni 

napa x guna lagi si mata duitan?

tiada sebab yang kukuh cuma lebih baik nama sendiri
perhaps :)

p/s: ayu

Sunday, May 22, 2011

bila manusia~~~

mungkin tajuk x kena dengan isi kot kali ni
hmm x tau nk tulis apa sebenarnya
cuma hati rasa sebak dan sedih bila manusia...

merasakan darjat dan pangkat lebih penting dari segalanya
merasakan apa yang sebenarnya kehendak dan hubungan
apa yang lagi penting dari menetukan kedudukan
hati atau perasaan
susah nak di fahamkan

boleh hilang dalam sekelip mata
hanya sebab yang kita boleh nampak
tapi diamkan sahaja
cinta
bukan hanya ketika dua insan bertaut hati saja
tapi lebih kepada cinta sesama manusia
mungkin kadang2 sikap tidak berperikemanusiaan itu lahir tanpa sedar
p/s: not insult but :)

ku pendam semuanya di balik senyuman bahagia~~

u will never know who i am before
u will never know the pain i've feel
u will never see how hurt being me
u will never see the scar inside of me

until the day
everything is gone
and u will understand what it's mean

until the day
u will never ever see me anymore
u can understand what i mean

now
...

i hate this feeling

i hate this feeling
bila kau asyik marah2
sedangkan aku bermaksud untuk mengetahui
kerana risaukan keadaan kau
bukan nak ganggu pun
aku xtau pun kau kat mana
aku just tanya je
perlu ke nak macam tu
i hate this feeling
bila time exam je aku nangis2 sebab kau
aku pon nak study gak
aku nak kau teman je

i hate this feeling
(T_T)

p/s: maaf ganggu

Friday, May 20, 2011

RINGKASAN BAB REKA BENTUK PAKAIAN

BAB 1: DONE
BAB 2: DONE
BAB 3: DONE
BAB 4: DONE
BAB 5: DONE
BAB 6: DONE
BAB 7: DONE
BAB 8: DONE
BAB 9: DONE
BAB 10: DONE

p/s: hanya ringkasan.. langkah2 tiada
sumber: reka bentuk pakaian

BAB 10: PENYESUAIAN POLA BLOK

PENGENALAN
  •  pengubahsuaian pola memerlukan teknik yang sesuai.
  • teknik penyesuaian pola yang amat baik penting dalam menghasilkan pakaian yang selesa dipakai dan canti dipandang
bahagian yang perlu pengubahsuaian
  • badan 
  • bahu
  • pinggul
  • pinggang
  • garis kelepet
  • kepala lengan 
teknik yang betul untuk mengubahsuai
  • teknik yang betul amat dititik beratkan
  • tanpa teknik yang betul dan tepat maka setiap pengubahsuaian tidak akan sempurna dan elok di pakai oleh individu
aplikasi teknik pemindahan yang betul
  • melebarkan pola badan
  • memendekkan pola badan
  • mengecilkan pola badan
  • memanjangkan pola badan
  • memanjangkan pola lengan
  • mengecilkan skirt
  • memendekkan pola lengan
  • melebarkan skirt
KANDUNGAN REKOD KERJA
  • TUJUAN/PENGENALAN
  • KANDUNGAN
    • lakaran dan huraian stail pakaian
    • senarai ukuran badan
    • pola yang lengkap
    • fabrik dan bahan yang digunakan
    • pengekosan
    • susun atur pola
    • langkah-langkah menjahit
    • pandangan hadapan dan belakang pakaian yang siap
    • refleksi

sumber: reka bentuk pakaian
p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

BAB 9: ELEMEN ASAS SENIREKA

  • elemen merupakan suatu yang boleh dilihat
  • gabungan elemen yang tepat dan bijak dapat menghasilkan suatu rekaan yang menarik dan berkesan
  • elemen asas senireka ialah:-
    • corak
    • warna
    • tekstur fabrik
    • garisan
    • ruang
    • bentuk
CORAK
  • gabungan elemen garisan, warna, ruang dan bentuk menghasilkan suatu corak pada fabrik
  • pilihan corak yang sesuai akan hasilkan pakaian yang menarik dan kesan ilusi pada pemakai
  • jenis corak:-
    • geometri
    • realistik
    • sibar
    • abstrak
  • kesan corak
    • menampakan badan lebih besar berbanding fabrik tanpa corak
    • corak kecil-badan nampak kecil
    • corak besar-badan nampak besar
    • corak jalur menegak-nampak tinggi
    • corak jalur melintang-nampak pendek
    • garisan melengkung-nampak lebih santai
    • garisan lurus-namapak suasana formal
WARNA
  • mempunyai impak yang kuat keatas rekaan individu
  • 7 kumpulan warna
    1. asas
      • merah
      • biru
      • kuning
    2. kedua/sekunder
      •  campuran 2 warna asas
        • biru + merah=ungu
        • merah + kuning= jingga
        • kuning + biru = hijau
    3. ketiga/tertier
      • warna asas + warna sekunder
    4. panas/terang
      •  kumpulan warna berkaitan kuning dan merah
    5. sejuk
      • kumpulan warna biru
    6. kontras
      • dua warna bertentangan dalam roda warna
    7. harmoni
      • dua warna atau lebih dari bahagian yang sama dalam roda warna
kesan warna
  • terang = besar
  • lembut = besar
  • gelap = kurus
 TEKSTUR FABRIK
  • rupa permukaan atau rasa pada fabrik
kesan tekstur
  • berkilat = besar 
    • contoh: berlabuci dan benang metalik
  • legap = lindungi bentuk badan
    • contoh: korduroi
  • kasar = besar
    • contoh: denim
  • tebal = besar
    • contoh: benang bulu
  • licin = nampak susuk badan
    • contoh: satin
  • kusam = kecil
    • gingham
  • kaku = besar
    • denim

GARISAN
  • garisan lurus
    • menegak = lebih tinggi
    • melintang = lebih lebar dan mengurangkan ketinggian
    • menyerong = lebih langsing
  • garisan melengkung 

 RUANG DAN BENTUK
  • bentuk terbina dengan garisan dan bahagian dalamnya dinamakan ruang
  • sesuatu bentuk dipenuhi ruang
  • bentuk pakaian bermaksud silhoutte iaitu bentuk luar pakaian:
  • silhoutte ada 4 rupa:
    • ramping
      • menampakkan bentuk badan seseorang
      • contoh: baju mandi, leotard, pakaian sukan, kebaya dan cheongsam yang sendat
    • lurus/pensil
      • dapat sembunyikan bentuk badan seseorang
      • contoh: blaus, kebaya, dress, kot, blazer, sleek
    • loceng
      • penekanan pada bahagian pinggul atau dada
      • garis pinggang sangat ketat
      • kembang di bahagian kaki
      • di bahagian lain longgar dan banyak kedut lepas
      • contoh: baju kurung, dress, blaus
    • payung
      • berlengan dan longgar seperti lengan Magyar dan kimono
      • contoh: baju kurung, dress, blaus, kot
PRINSIP SENI REKA
  • perkadaran
    • bandingan sesuatu bahagian dengan keseluruhan pakaian
    • ditentukan dengan warna, garisan dan corak
    • nilai estetika perkadaran berubah ikut zaman dan pusingan fesyen
  • keseimbangan
    • merujuk kepada pemberatan (weight)
    • simetri
    • asimetri
  • penumpuan
    • melibatkan focal point dimana tumpuan terletak di satu tempat untuk tarik perhatian
    • tujuan focal point:
      • menarik perhatian
      • kekuatan rekaan
      • mengalih perhatian dari bahagian badan yang lain
      • menumpukan bahagian badan di situ
    • penumpuan boleh dibuat dengan garisan, warna dan corak
  • pengulangan
    • penggunaan elemen seperti garisan, corak, warna dan ruang berulang-ulang atau lebih dari sekali di tempat yang tidak sama
    • tujuan: menumpukan arah penglihatan
  • perpaduan
    • gabungan elemen2 senireka
    • garisan yang berpusat pada satu titik penumpuan lebih harmoni berbanding garisan yang bersimpang siur
    • warna yang berulangan di serata kain boleh bentuk perpaduan
    • aksesori yang sesuai hasilkan perpaduan
sumber: reka bentuk pakaian
p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

    Thursday, May 19, 2011

    BAB 8: FUNGSI ASAS PAKAIAN

    • penting dalam kehidupan seharian
    • terdapat bayak jenis pakaian dari pebagai jenis fabrik
    • ade bentuk dan fesyem tertentu
    fungsi pakaian
    • perlindungan
      1. keadaan cuaca
        • panas
        • sejuk
        • hujan
      2. serangga dan haiwan berbahaya
      3. keselamatan
    • kesopanan
      1. menutup aurat
      2. ikut budaya masing-masing
      3. berpakaian untuk menghormati orang lain agar lebih sopan dan sesuai hidup dalam suatu masyarakat
    • daya tarikan dan juga hiasan
      • supaya kelihatan menarik
      • contoh berpakaian dalam majlis
    faktor yang mempengaruhi rupa bentuk pakaian
    1. geografi
      • iklim
      • permukaan bumi
    2. sosial
      • jantina
      • umur
      • masyarakat
    3. politik
      • pemerintah
      • keamanan
      • peperangan
    4. agama
      • melambangkan identiti penganut
      • melambangkan kedudukan atau peranan seseorang dalam agama
    5. pekerjaan
      • pakaian seragam
      • pakaian khusus
      • jawatan dan pangkat
    6. status
      • kedudukan ekonomi
      • peranan dalam masyarakat
      • melambangkan darjat
    7. aktiviti harian
      • mengikut kesesuain aktiviti
    sumber: reka bentuk pakaian
    p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

    BAB 7: GARIS LEHER

    • garis leher ialah sebahagian daripada daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakan lapik, kun, ropol, renda, kolar, lapik berbentuk dan sulaman
    DEFINISI KOLAR LURUS
    • kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher
    • berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher
    • lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar
    jenis kolar
    1. kolar rata
      • kolar peter pan
      • kolar kelas
    2. kolar tegak
      • kolar mandarin
      • kolar cekak musang
    3. kolar gulung
      • kolar selendang
      • kolar lurus
      • kolar simpul hias
      • kolar kemeja
    kegunaan kolar
    • menyudahkan garis leher pada pakaian
    • memberi gaya atau stail pada pakaian
    • sebagai perhiasan supaya lebih menarik
    • memberikan kepanasan pada pakaian
    KOLAR LURUS

    ciri-ciri kolar lurus
    • mepunyai dua lapisan fabrik
    • permukaan rata
    • terletak rata dan kemas di garis leher
    • bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang
    • hujung kolar sama lebar
    • cantuman kelim kolar tidak beralur
    perkara- perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus
    • potong ikut ira atas dua lapis fabrik
    • tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan jelas
    • jahit mesin tepi garis leher atau sebaris jelujur halus supaya garis leher tidak memberi
    • jahit dengan betul di atas garis pemadan
    • snip semua bahagian yang melengkung dan penjuru untuk kurangkan ketebalan dan bagi rata
    • guna lapik dalam jika perlu
    • tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan
    • jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar sebelah luar supaya kedua-dua lapis kolar itu sama
    cara jahit kolar lurus
    • cara A
    • cara B
    sumber: reka bentuk pakaian
    p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

    BAB 6: PENYUDAH TEPI

    • penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan
    • dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai
    jenis-jenis penyudah tepi
    • kelepet
    • penjuru
    • lapik
    • kun
    • renda
    • ikatan pinggang
    • kasing
    • jahitan sulaman
    kelepet
    • ialah penyudah yang dibuat pada bahagian bawah pakaian atau benda-benda
    • digunakan bagi menyiapkan tepi-tepi pakaian yang lurus dan melekung seperti di skirt, lengan, kocek, blaus, kemeja dan pakaian dalam
    • kelepet dibuat dengan melipat basi kelim dua kali pada sebelah baju
    • lipatan pertama mestilah halus
    • lebar dan kemasan kelepet-kelepet berbeza mengikut jenis fabrik
    kun
    • kun diguna untuk menghias tepi sambil mengemasnya
    • untuk mengemas kelim dan tepi-tepi jerumbai di bahagian dalam pakaian terutama sekali pada fabrik-fabrik tebal dan longgar tenunannya serta mudah berjerumbai
    • lebar kun yang siap ialah 6mm hingga 1 sm
    sumber: reka bentuk pakaian dan panduan membuat pakaian
    p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

    BAB 5: LENGAN PADANAN RATA

    DEFINISI
    • lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan
    • boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang lengan atau pun tambahan daripada badan
    • lengan biasa yang dicantumkan mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan
    • hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun
    fungsi lengan
    • meindungi kecacatan di lengan
    • melindungi daripada cuaca panas dan sejuk
    • menambah keanggunan si pemakai sesuai dengan fesyen dan fabrik
    • kekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belangan dan sari
    ciri-ciri
    • garis tengah lengan bertemu dengan garis bahu
    • kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk baju
    • basi kelim lubang lengan dikemaskan
    • cantuman lengan tidak berkedut
    • lengan yang baik akan bergantung dengan elok
    • kelim lubang lengan rata
    cara kemaskan lubang lengan
    • insang pari
    • balutan sendiri
    • bentuk pucuk rebung
    • jahit mesin
    cara-cara mengemaskan hujung kelim
    • kun
    • lapik
    • kaf
    • ben
    sumber: reka bentuk pakaian
    p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

    BAB 4: PENGHILANGAN GELEMBUNG

    DEFINISI
    • ialah proses pengecilan sebahagian pakaian atau artikel untuk memberi bentuk, padanan yang elok serta keselesaan kepada pemakai
    • ia juga sebagai hiasan
    tujuan menghilangkan gelembung
    • untuk beri bentuk pada pakaian
    • memberi lebih ruang supaya si pemakai dapat bergerak dengan mudah
    • supaya pakaian yang dipakai oleh si pemakai elok padannya
    • membolehkan pakaian dipanjangkan dan diperbesarkan
    • sebagai hiasan untuk beri rupa pakaian
    jenis-jenis penghilangan gelembung
    • kedut lepas
      • kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik
      • mudahkan pergerakan
      • sebagai hiasan
      • dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua baris jahitan mesin longgar atau jelujur halus
      • sesuai untuk fabrik lembut dan halus
      • perlukan dua atau tiga kali ganda fabrik daripada ukuran yang siap
      • boleh dibuat dilengan, hujung bahu mendatang, pinggang blaus
      • ciri:
        • kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya
        • lipatan kedut halus pada keseluruhannya
        • kedut lepas ikut ira lurus bagi bolehkan fabrik tergantung dengan elok
    • lisu beriring
      • lisu gunakan tiga kali ganda lebar siap
      • dilipat mengarah ke satu hala yang sama, sama ada kiri atau kanan
    • lisu terbalik
      • dibuat dengan melipatkan sua lisu berhadapan antar satu sama lain
      • lipatan-lipatan lisu hendaklah bertemu di sebelah luar (SL) pakaian
    • lisu bertentang
      • dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakangkan di antara satu sama lain
      • lipatan-lipatan lisu ini hendaklah bertemu di sebelah dalam (SD) pakaian
    • lisu pemadan
      •  ia sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk beri bentuk dan keselesaan pada pakaian
      • ia tidak berapa kelihatan jika dijahit dengan betul
      • lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang kecil, atau dari hujung ke tirus
      • ciri:
        • runcing
        • lisu tidak bergulung
        • lisu ditekan rata
        • hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus
        • tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus
        • tidak ada alur di sebelah luar
      • kedut berjalur
      • lisu perhiasan
      • smoking

      sumber: reka bentuk pakaian
      p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran


        kalau awek ko tak jage ko.. jangan sibok aku jaga bf aku~~~

        ade orang yang annoying giler
        banyak kali tukar2 makwe
        aku peduli hapa
        janji jangan nak hasut orang lain suh ikot perangai macam kau
        aku bercinta bukan nk main2 kan perasaan orang macam kau
        so
        kalau aku mmg jaga bf aku elok2 sampai tahap nak mampus punya pun kau x perlu heran

        ke kau harap gf kau pun macam tu?

        so so so

        untuk kau
        ye aku tangah tulis entri ni tok kau
        walaupun aku ase macam menyemak je kat blog aku
        tapi aku nak tulis gak sebab

        BAIK KAU JAGA HUBUNGAN KAU DARI KAU SIBUK2 NAK HANCURKAN HUBUNGAN ORANG LAIN

        P/S: mainkan perasaan orang hobi kau ye?

        Wednesday, May 18, 2011

        BAB 3: KANCING

        KANCING
        • alat yang digunakan untuk tutup belah pada pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain supaya dapat mengekalkan bentuk asal pakaian atau artikel
        • juga sebagai perhiasan
        • kancing hendaklah dijahit kukuh dan kemas
        • pemilihan bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik
        tujuan jahit kancing
        • mengancingkan belah
        • sebagai perhiasan
        jenis-jenis kancing
        1. kancing butang tersembunyi
          • butang katup
          • butang cangkuk dan kancing/palang
          • butang cangkuk dan rumah
          • butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat
        2. kancing yang nampak
          • butang dan rumah butang
          • butang dan rumah butang bersirat atau gelungan
          • pita dan simpul hias
          • reben dan bow
          • zip
          • gancu
        cara pilih kancing
        1. jenis kain yang digunakan- kain halus jadi kancing pun halus untuk elak koyak kalau pakai kancing berat
        2. jenis pakaian dan stail pakaian-pakaian kanak-kanak jangan guna kancing logam takut boleh mencederakan
        3. jenis belah dan kedudukan kancing-kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah bertempat di kelim rusuk skirt daripada dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian
        perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjahit kancing
        1. kancing dijahit kukuh untuk elak tercabut
        2. kancing hendaklah cukup dan sama jarak antara satu sama lain
        3. kancing dijahit betul-betul betentangan antara satu sama lain
        4. elakkan jahit kancing terlalu ketat untuk elakkan:-
          • belah pakaian berkedut
          • belah pakain tak tutup rapat
          • pakaian tak kemas
        5. jenis dan saiz butang sesuai dengan rumah butang dan gaya pakaian
        6. kancing logam tak sesuai untuk pakaian kanak-kanak, baju tidur dan pakaian dalam
        7. jenis kancing ikut jenis belah pakaian

        sumber: reka bentuk pakaian
        p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

        BAB 2: BELAH

        PENGENALAN
        • belah dibuat pada pakaian bertujuan untuk memudahkan seseorang memakai dan menanggalkan pakaian
         DEFINISI BELAH
        • belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk memudahkan dipakai atau ditanggalkan.
        • belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di rusuk dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian itu. 
        • panjangnya mesti sesuai dengan tujuan belah dibuat
        jenis-jenis belah
        • kelepet sama leber
        • slit berlapik
        • lapik kain selari
        • berkun
        • berplaket
        • berzip
        fungsi belah
        • supaya pakaian senang di pakai dan di buka
        • mudahkan pergerakkan dan kekalkan ciri tradisional
        • menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan pengguna
        • menjadi perhiasan
        pilihan belah bergantung pada:
        • jenis pakaian yang hendak dibuat contoh kemeja atau seluar
        • jenis fabrik iaitu fanrik yang sederhana dan tebal. fabrik nipis kurang sesuai
        • kedudukan belah
          • garis tengah hadapan atau garis tengah belakang blaus dan skirt
          • garis tengah hadapan atau di rusuk kiri atau slek
          • blakang pergelangan lengan atau kelin lengan
          • hujung seluar, chongsam dan samfoo
        • fesyen pakaian
        sumber: reka bentuk pakaian
        p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

          BAB 1: KAJIAN FABRIK

          FABRIK
          1. gentian asli -tumbuhan dan haiwan (ulat sutera dan kambing biri2) merupakan dua sumber gentian asli, juga hasilkan fabrik kapas dan linen
            • haiwan (protein)
              • benang sayat
                • asal: drpda bulu kambing biri2, unta dan arnab
                • ciri: halus dan kerinting, debu, pengalir haba yang lemah, keras apabila rendam dlm air panas
                • kebaikan: anjal dan tak renyuk, mudah celup warna
                • kelemahan: mahal, kecut, rosak jika terkena haba panas, mudah dimakan gegat
              • kulit
              • bulu
              • sutera
                • asal: kepompong kupu-kupu Bombyx Mom
                • ciri: cantik, bercahaya, licin, halus, lembut, pengalir haba dan penyerap lembapan yang baik, ada protein fibroin
                • kebaikan: teguh, tahan, mudah celup warna, selesa
                • kelemahan: mahal, lemah dan mudah patah, peluh akan reputkan sutera, haba panas akan rosakkan sutera
            • tumbuhan(selulosa)
              • kapas 
                • asal: dari buah kapas. banyak di negara amerika, rusia, india, jepun dan britain
                • ciri: licin, mudah terbakar (api warna kuning), tahan suhu tinggi, pengalir haba yg baik,mudah serap lembapan
                • kebaikan: murah, mudah dapat, cepat kering, sejuk dan selesa
                • kelemahan: mudah renyuk, kecut, mudah bertahi lalat
              • linen
                • asal: gentian batang pokok fleks
                • ciri: kasar dan gebu,kukuh, pengalir haba yang baik, berkilat, tahan haba tinggi
                • kebaikan: tahan lasak dan didobi, selesa dan sejuk
                • kelemahan: mahal, mudah berbulu, mudah bertahi lalat
              • jut
              • kapok
            • getah
            • mineral
          2. gentian buatan
            • polister
              • asal: petroleum
              • ciri: teguh, serap lembapan, penebat haba yang baik
              • kebaikan: tahan pada matahari, tak mudah renyuk, tahan serangga, tahan tahi lalat
              • kelemahan: tidak selesa, melekat pada badan, lemah pada alkali, sensitif pada haba
            • nilon
              • asal: bahan arang batu (benzen atau femol oksigen, nitrogen, dan hidrogen)
              • ciri: halus, nipis dan kenyal, kukuh, bercas elektrostatik dan menarik kotoran
              • kebaikan: tak kecut, tahan dobi, sesuai membuat lisu tetap
              • kelemahan: tak serap lembapan, mudah terbakar, tidak boleh direbus
            • rayon
              • asal: selulosa (sama ada dari palpa kayu atau gentian kapas)
              • ciri: berkilat, licin, lembut, pengalir haba yang baik, senang celup warna dan warna tak luntur
              • kebaikan: cantik, harga sederhana, tahan lasak, tiada kuasa elektrostatik, mudah dicampur dengan fabrik lain
              • kelemahan: tak selesa, mudah renyuk, mudah terbaka, tak tahan haba panas
            • asetat 
              • asal: hasil proses pemintalan kering serpihan kayu pulpa, asid asetik, anhidrida dan aseton
              • ciri: serap lembapan, tak mudah diserang serangga atau mikroorganisma, tahan terhadap cahaya matahari atau bahan kimia, pengalir haba yang sederhana, lebih kenyal dari viskos
              • kebaikan: lembut, tak mudah renyuk dan tergantung elok bila dipakai, cepat kering bila dibasuh, tak mudah terbakar
              • keburukan: mudah rosak dengan alkali, cair bila terkena aseton, sederhana lemah bila basah
          kemasan fabrik
          • kaedah rawat fabrik untuk memperbaiki rupa dan meningkatkan kualiti fabrik
          • dilakukan sebelum, semasa dan selepas proses pembinaan
          • tujuan kemasan fabrik:-
            • keselesaan
            • kendalian
            • keselamatan
            • hiasan
          sumber: reka bentuk pakaian
          p/s: hanya ringkasan sahaja, bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran

          selamat ulangtahun yang ke 29 bulan :)

          hoho arini genap 29 bulan aku ngan mr.s :)
          lorat x tiap2 bulan sambut? :p
          hehe hope dh kahwin (insyaAllah) sok2 sambut hari la ye mr.s intan payung berlian permata hati :)

          harapan kali ni:

          xmo gaduh
          xmo gaduh
          xmo gaduh

          pastu nk panggil abg buncit :P
          hehe sbb kurus tp buncit

          lg

          nk nikah cepat (gatai) hehe

          pastu lagi

          nk buaya banyak2

          lg

          nk jumpe abg

          n

          n

          nk abg la :) hehehe

          hehehe :P

          nnt nk mcm ni tau 


          :)

          I LOVE YOU SO MUCH BUNCIT!!!!!!!!!!!


          p/s: :) dh nk 3 tahun :)

          cikgu makan buku~~

          esok dh start exam paper EDU 3104 pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
          siyesly even aku wat note still can't remember those main point n words
          sapa yang berusaha dia yang akan dapat but aku ni?
          usaha banyak mne je
          malas malas malas
          even aku dh main bet2 ngan mr.s bpe pointer should i score this sem pon still MALAS


           update blog i rajin :P
          huhu lolipop love <-- teacher's day present
          even blom jd guru sebenar :)
           hehehe thanks to my fren yg bg :)


          be a nice teachers
          how?
          baca la pengurusan bilik darjah dan tingkah laku :)

          hehe xde la
          nk jd nice kne le nice

          tp syok gak kalo dapt jadi cikgu cam dalam cite GOKUSEN n GTO
          huhu sempoi2


          gokusen
          yankumi
          fight - oh



          great teacher onizuka (GTO) hoho

           

           jadual exam yang pack
          x abis cover lagi
          sok2 sem depan kuar result cover muka je la kalo pointer x bagus

          sem ni aku mmg xde hala tujuan

          aku sendiri pon x tau kenapa

          aku duk bilik senyap2 org pikir aku study walhal syok je update blog join contest :P

          huhu esok exam so wish me luck ok
          pastu de lagi 4 paper sederet so makan buku atau layan "muka buku" hehe

          p/s: kn best kalo dpt jadi balik cm form 5 dulu

          semangat dh hilang (T_T)

          Tuesday, May 17, 2011

          BAB 8: PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

          CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
          • murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan
          • susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah
          • banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh pemotong rumput dan sebagainya.
          • oleh itu,perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut
          • persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal, emosi dan sosial
          kerjasama
          • memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya
          • elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi, objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah
          matlamat pengurusan bilik darjah
          • matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif dan produktif
          • tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
            • pengurusan masa
            • peluang pembelajaran
            • pengurusan kendiri
          persekitaran bilik darjah yang positif
          • persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
          • murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
          • rutin dan peraturan bilik darjah
            • rutin bilik darjah
            • peraturan
            • akibat
          • perancangan ruang pembelajaran
            • perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah
            • ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran
          mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
          • galakkan penglibatan murid
          • langkah pencegahan
            • guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
            • murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
            • guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
          • komunikasi berkesan
          CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
          1. suasana demokratik di dalam bilik darjah
          2. guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
          3. menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
          4. guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
          5. guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
          6. jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
          7. guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid
          8. pembelajaran berasaskan individu
          9. mempunyai semnagat kekitaan
          10. mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
          LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
          • dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
          • menetapkan persekitaran  pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran pembelajran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajran yang berkesan berlaku
          • menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik muird supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
          • tiga langkah dalam setiap perancangan
            1. rancang
            2. susun
            3. praktis
          proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
          • komponen pengajaran
          • komponen pencegahan
          • komponen pembetulan
          • komponen sokongan
          • komponen persekitaran fizikal
          melaksanakan pelan pengurusan pada hari pertama persekolahan

          persetujuan bersama


          sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

          p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

          ringkasan bab pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

          BAB 1-DONE
          BAB 2-DONE
          BAB 3-DONE
          BAB 4-DONE
          BAB 5-DONE
          BAB 6-DONE
          BAB 7-DONE
          BAB 8-DONE

          p/s: hanya ringkasan

          BAB 7: PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

          KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS
          • terncat akal
          • masalah kerosakan sesnsori
            • masalah kecacatan fizikal
              • cerebral palsy
              • musculor dystrophy
              • spina bifida
              • sawan (epilepsy)
            • masalah penglihatan
            • masalah pendengaran
            • masalah komunikasi
              • masalah bahasa
              • masalah pertuturan
          • masalah pembelajaran
              • masalah membaca
              • masalah menulis
              • masalah mengira
              • masalah komunikasi
            • disleksia
            • diskalkulia
            • disgrafia
          • autistik (autism)
          • lewat perkembangan
          • hiperaktif (ADHD dan ADD)
          • pintar cerdas atau berbakat
          • masalah emosi dan tingkah laku
           aspek  yang perlu diberikan perhatian ialah:-
          • pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan
          • pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keprluan murid yang berbeza
          • keupayaan menilai kemahira yang diperlukan seseorang murid
          • menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik
          • mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada  tahap berbeza did alam kelas
          • menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya
          • menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah
          • menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya
          • menghargai perbezaan dalam kalangan individu
          • mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya
          • membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan murid tersebut.
          pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid bekerpeluan khas memerlukan guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada keprluan individu.

          sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

          p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

          BAB 6: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

          KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
          • sebarang bentuk mendisiplinakan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid
          • kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p
          kitaran pengurusan disiplin
          • merancang
          • menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan
          • melaksanakan dan mengurus
          • mengawasi dan membuat refleksi
          PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
          • guru berperana sebagai pembimbing
          • apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
          • cadangan untuk menangani disiplin:-
            • tidak panik dan jangan bertindak melulu
            • elakkan daripada mencabar murid
            • semak semula cara pengajaran
            • jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
            • berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
            • ikuti budaya disiplin sekolah
          HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
          1. hubungan ibu bapa
          2. pengaruh rakan sebaya
          3. keadaan persekitaran bilik darjah
          4. masalah perkembangan murid
          5. salah laku yang tidak dijangka
          INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
          1. PASTORAL CARE
          2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
          3. TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
          pastoral care
          • merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya.
          • bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.
          bimbingan dan kaunseling
          • bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.
          • kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar
          • matalamat bimbingan dan kaunseling:-
            • mengenal potensi murid
            • membina kemahiran pengurusan diri
            • kemahiran penyelesaian masalah
            • pengurusan tingkah laku
            • memajukan diri murid
            • penilaian kendiri
          • prinsip bimbingan dan kaunseling:-
            • untuk semua murid
            • murid perlu sukarela untuk dibimbing
            • murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
            • bimbingan adalah proses pencegahan
            • penggunaan kemahiran asas bimbingan
            • bantuan menyeluruh
            • bersikap terbuka
          • etika bimbingan
            • menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
            • kerahsiaan murid
            • bertanggungjawab
          • kemahiran bimbingan
            • memberikan perhatian
            • kemahiran mendengar dengan aktif
            • kemahiran berempati
          teknik modifikasi tingkah laku
          • menggunakan prinsip peneguhan
            • tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
            • tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
            • bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
            • peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan
          • sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
            • sistem kontrak tingkah laku
            • sistem token
          • pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
            • tetapkan tingkah laku murid
            • beri kesedaran kepada murid
            • matlamat yang realistik
            • bincangkan akibat
            • bina sistem pengurusan kendiri
            • guru memantau. beri peluang kepada murid untuk mengurus
            • penilaian berterusan. ubah jika perlu
          sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

          p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

          muhasabah cinta

          Wahai pemilik nyawaku..
          betapa lemah diriku ini..

          Berat ujian dariMu..
          ku pasrahkan semua padaMu..

          Tuhan baru ku sedar..
          indah nikmat sehari itu..
          tak pandai aku bersyukur..
          kini ku harapkan cintaMu..

          Kata-kata cinta terucap indah..
          mengalir berzikir di kidung doaku..
          sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
          Butir-butir cinta air mataku..
          teringat semua yang Kau beri untukku..
          ampuni khilaf dan salah selama ini..
          Ya Illahi muhasabah cintaku..

          Tuhan kuatkan aku..
          lindungiku dari putus asa..
          jika ku harus mati..
          pertemukan aku denganMu..

          Ampuni khilaf dan salah selama ini..
          Ya Illahi muhasabah cintaku..


          p/s: muhasabah diri 


          BAB 5: MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH

          JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

          definisi disiplin
          • disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
          • disiplin boleh dijelaskan sebagai
            • latihan
            • kepatuhan 
            • kawalan
          • disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
          • sekoalh di Malaysia memeberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar
          jenis disiplin di dalam bilikdarjah
          • arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
          • arahan rakan sebaya
          • arahan tugasan
          • diri sendiri
          jenis-jenis masalah disiplin
          • melawan
          • memukul
          • mencuri
          • mengugut rakan/guru
          • kekemasan diri
          • ponteng kelas
          • dll
          masalah disiplin yang bersifat disruptif
          • tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercaap, makan dan tidur didalam kelas
          • keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
          • lewat masuk kelas
          • tidak membawa buku latihan/teks
          • menunjukkan sikap biadap terhadap guru
          • membuli
          • melepak, berlari, menjerit di koridor
          masalah kekemasan diri
          • tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
          • kuku panjang
          • warna rambut
          • pelajar lelaki rambut panjang
          TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
          1. kurang memberikan perhatian
          2. hiperaktif
          3. pendiam
          4. sensitif
          5. apati (tidak kisah kepada arahan guru)
          6. sikap melengahkan dan sambil lewa
          7. gemar bercakap
          8. menganggu rakan
          9. membuli
          10. berbohong
          11. menipu
          12. menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
          13. kurang sopan
          14. mencuri
          15. merosakkan harta benda
          16. mudah marah dan agrasif
          SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
          • diri murid
          • guru
          • sekolah
          • latar belakang murid
          peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
          • merancang
          • gunakan pelbagai kaedah dan teknik
          • yakin
          • berminat dan mengambil berat terhadap murid
          • rol model
          • adil
          • komunikasi yang jelas
          • memberikan bimbingan dan maklum balas
          • tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah

          sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

          p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

          BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

          PENGENALAN
          • pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan
          KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
          • disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini
          MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
          1. MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
          2. MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
          3. MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
          4. MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
          5. MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER
          model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
          • menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
          • terdapat dua jenis peneguhan
            • peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)
            • peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
          • peneguhan berbeza dengan dendaan
          • peneguhan berkala
          kebaikan dan kelemahan model ini
          • hasil pantas tetapi tidak kekal lama
          • lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran
          • untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
          • murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu

          model disiplin asertif Canter
          • berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
          • Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
          • pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.
           terdapat tiga jenis guru
          • guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
          • guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.
          • guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid
           langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
          1. penerangan peraturan
          2. cara pelaksanaan peraturan
          3. semak kefahaman murid
          4. maklumkan tentang ganjaran
          5. penerangan tentang tindakan pembetulan
          6. cara tindakan pembetulan dikenakan
          7. semak kefahaman murid
          cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
          • bertindak dengan tenang
          • konsisten
          • berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
          • beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
          • teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
          • tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
          murid bermasalah
          • perlu ditangani dengan berhemah
          • paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
          • guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

          model akibat logikal Dreikurs

          • menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
          • guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah
          • murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
          • murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
           tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
          • mendapatkan perhatian
          • mencabar kuasa
          • membalas dendam
          • mempamerkan kekurangan
          cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
          • berkomunikasi perkara yang positif
          • galak peningkatan murid
          • kenal pasti kelemahan murid
          • belajar daripada kesilapan
          • percaya kebolehan murid
          • bekerjasama
          • rasa bangga pencapaian murid
          • optimis
          • beri galakan dan motivasi
          model pengurusan kelompok Kounin
          • menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
          • guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
          • kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
          • guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
          • kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
          • fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh
          • momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p
          • momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan
          model terapi realiti oleh William Glasser
          • asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat
          • pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka
          • menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
          • keperluan-keperluan asas
            1. kasih sayang
            2. mempunyai kuasa dan kawalan
            3. kebebasan
            4. keseronokan
          • model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang
          • melalui terapi realiti, guru dapat:
            • membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
            • pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
            • kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
            • bertindak sebagai pembimbing murid
          • terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
          kurikulum yang berkualiti
          • akan meningkatkan mutu pendidikan
          • kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar
          kualiti pengajaran
          1. persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif
          2. guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
          3. tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
          4. berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
          5. beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
          guru yang membimbing akan:
          1. memahami murid 
          2. menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
          3. berbincang dengan murid
          4. menggalakkan murid meneroka p&p
          5. menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
          6. menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
          membina bilik darjah yang berkualiti
          1. tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
          2. mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian 
          3. bina hubungan dengan guru murid
          4. peraturan kelas
          5. elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
          6. pengetahuan
          7. kompentensi
          8. kualiti
          9. penilaian
          10. kefahaman dan penggunaan
          sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

          p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

            BAB 3: HUBUNGAN GURU - MURID

            PENGENALAN
            • hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid
            • hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak
            MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID
            • komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai objektif p&p
            • guru perlu sentiasa mengwasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka
            • guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid
            • komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid
            • guru yang menghormati dan peka dengan  murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid
            • mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah
            • guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah
            kepentingan membina hubungan guru - murid

            • kepada guru
              • menaikkan motivasi dan semangat guru
              • murid lebih senang dikawal
              • memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru
              • menaikkan imej guru
            • kepada murid
              • murid lebih minat belajar
              • murid lebih memberikan kerjasama kepada guru
              • meningkatkan pencapaian akademik murid
              • murid lebih bermotivasi untuk belajar
            faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid
            • penampilan dan bahasa badan guru
            • menunjukkan contoh teladan yang baik
            • persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah
            strategi membina hubungan positif guru - murid
            • ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
            • menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah
            • agihkan tanggungjawab bersama
            • tetapkan jangkaan yang realistik
            • tunjukkan keprihatinan
            • masukkan unsur kecindan dalam komunikasi
            amalan budaya penyayang
            • hormat
            • autentik
            • keprihatinan integriti emosi
            • menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid
            • strategi mengamalkan budaya penyayang
              • menerapkan elemen mengambil berat
              • membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah
              • hormat menghormati
              • guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan pelajar
            dinamika bilik darjah
            • dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama
              • dinamika kumpulan
                • boleh dikenal pasti memalui kajian sosiometri
              • kajian sosiometri
                • membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam bilik darjah
              • penularan
                • ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain
            faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan
            1. jantina
            2. agam/bangsa
            3. status sosioekonomi
            peranan guru dalam dinamika kumpulan
            • kanal pasti bentuk dinamika
            • perhatian kepada murid yang tersingkir
            • guakan kuasa penularan
            • bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
            • guru sebagai ketua dinamika bilik darjah
            sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

            p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan

            Monday, May 16, 2011

            BAB 2: PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

            PENGENALAN
            • guru memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.
            PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
            • Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran
            persekitaran fizikal
            • susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
            • sumber bahan pembelajaran
            • ruang/sudut pembelajaran
            • ruang pada dinding
            • pencahayaan, pengudaraan dan perabot
            • kebersihan
            persekitaran psikososial
            • susana selsa dan mesra
            • bebas daripada ancaman bahaya fizikal
            • perasaan diterima
            • sensitif dan peka kepada perbezaan individu
            • suasana yang meransang pembelajaran
            • mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
            • menggalakkan pembelajaran koperatif
            • peluang yang sama untuk semua murid
            peraturan dan rutin bilik darjah
            (ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalm bilik darjah)
            • ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
            • peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
            • hadkan bilangan peraturan
            • peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
            • selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya
            PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
            • DUA PROSES
              • PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
              • PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
            •  pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
              • kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
              • kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
            • dua bentuk pentaksiran
              • formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
              • sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
            •  pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
            • pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.
            proses penyediaan ujian dan peperiksaan
            • kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
            • tarikh ujian dan peperiksaan
            • menggubal soalan ujian
            • tempoh masa setiap ujian
            • ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
            • soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
            • bincang dengan guru mata pelajaran lain
            • murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
            • biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan
            pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
            1. sediakan persekitaran selesa
            2. benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
            3. murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
            4. mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
            5. pen tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
            pengurusan sumber maklumat murid
            • ibu bapa perlu menisi BORNAG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
              • maklumat ibu bapa/penjaga
              • tanggungan ibu bapa/penjaga
              • maklumat murid
              • maklumat bantuan yang diterima murid
            penyimpanan data peribadi murid
            • kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
              • buku rekod guru kelas
              • buku laporan
              • buku kedatangan murid
            sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

            p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebgai rujukan

            BAB 1: PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH

            PENGENALAN

            Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
            1. pelbagai dimensi
            2. serentak
            3. segera
            4. sukar diramal
            5. umum
            KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
            • pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi
            • pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990)
            Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut:
            • menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
            • membentuk suasana pembelajaran yang positif
            • menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
            • menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
            • meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
            • mengurangkan masalah disiplin
            • pengurusan rutin yang berkesan
            • murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
            - bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

            faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-
            • perancangan yang rapi
            • guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka
            • membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&pyang telah dilaksanakan
            pengetahuan tentang keperluan murid-murid

            • keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)<--dr atas ke bawah
            fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-
            • memahami objektif pengajaran
            • melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
            • berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
            • pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
            • masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
            • pengalaman kejayaan
            • maklum balas yang tepat dan realistik
            Pengurusan bilik darjah
            1. merancang
            2. mengelola
            3. mengawal
            4. membuat refleksi
            5. menjalinkan hubungan guru- murid
            ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat:-
            • menguruskan bilik darjah dengan berkesan
            • membentuk suatu suasana
            • agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik
            • menggunakan masa p&p dengan efisien
            tiga aspek yang dilihat:
            1. kualiti peribadi
            2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
            3. penghayatan dan amalan nilai
            guru yang efektif (mesra, peramah, penyanyang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel dll)
            guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, tegar)


            sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

            p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebgai rujukan

            CONTEST SENYUMAN TAHAP MENGGODA

            i join contest lagi
            kali ni contest yang menarik
            CONTEST SENYUM TAHAP MENGGODA

            contest ni by Syafik coklat


            so gambar yang ingin dipertaruhkan






            :P jgn de yang muntah lak

            so ni adalah jawapan tok soalan

            KENAPA SAYA YANG HARUS JADI PEMENANG UNTUK CONTEST INI?
            jawapannya

            sebab saya rasa senyuman saya macam angelina jolie :D hehe mengoda x? mengoda x? <-- gedik2


            p/s: u tergoda x? :P

            Sunday, May 15, 2011

            SELAMAT HARI GURU~~~

            GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

            selamat hari guru kepada semua guru di dunia ini dan terutama sekali di Malaysia
            jasa anda tidak akan dilupakan sepanjang hayat dalam memberikan tunjuk ajar
            dan kepada bakal-bakal guru (ehem.. sy le tu)
            semoga dapat menjadi guru yang berkualiti dan dapat memberi aspirasi serta menjana generasi akan datang



            Kami guru Malaysia
            Berikrar dan berjanji
            Mendidik dan memimpin
            Putra putri negara kita

            Pada Seri Paduka
            Kami tumpahkan setia
            Rukun Negara kita
            Panduan hidup kami semua

            Di bidang pembangunan
            Kami tetap bersama
            Membantu, membina
            Negara yang tercinta

            Amanah yang diberi
            Kami tak persiakan
            Apa yang kami janji
            Tunai tetap kami tunaikan




            p/s: selamat hari guru :)

            How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

            jum sertai komuniti churpchurp

            tambahkan nilai anda :)



            How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

            CONTEST ENTRI PALING KENCANG

            kali ni nak join contest by blog sekencang angin


            so spe yang nak join boleh klik sini

            so sy nak wat entry yang paling kencang sekencang angin ribut taufan punye dalam versi...


            ROMANTIKA EXTRAVAGANZA

            SURAT CINTA UNTUK ABANG
                        Salam sayang buat kekasih...Mohd Shafiq bin Mohd halim...Sesungguhnya tiada apa yang hendak dikata...melainkan bicara cinta dari Norazura binti Mohamad Foat...
                        Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja membawa satu erti yang cukup bermakna dalam hidup ini...Perkenalan yang pada mulanya atas dasar kawan akhirnya membawa kepada satu hubungan yang lebih...hubungan yang melibatkan hati dan perasaan...hubungan yang memerlukan pengorbanan...hubungan yang dibina atas janji dan kesetiaan...yakni CINTA!
                        Tanggal 19 Disember 2008 menjadi satu tarikh keramat yang cukup bermakna yang mungkin tidak akan dilupai sampai bila-bila biarpun hayat ini akan terhenti...namun apa yang pasti cinta ini tak akan terhenti...hari demi hari ku hitung lamanya hubungan itu menjadikan aku semakin takut untuk kehilangan kamu...takut untuk aku hidup sendiri tanpa insan yang semakin lama ku kenali hati budinya semakin aku sayang padanya...terlalu sayang hinggakan tak mampu untuk ku ungkapkan dengan kata-kata apatah lagi untuk terus aku berbicara padanya bahawa betapa aku mencintai dia...yakni kamu sayang!
                        Aku tahu terlalu banyak khilaf yang telah ku lakukan hingga suatu masa membuatkan hati suci insan yang aku sayangi ini terluka...kerana kesilapan yang berlaku di luar kesedaran aku sebagai seorang yang sepatutnya menjadi pencinta yang setia...maafkan diri ini kekasih...sungguh aku tidak mahu melihat kamu menangis...sungguh aku takut melihat diri kamu sedih...namun dayaku sebagai insan yang kurang sempurna...insan yang naif tentang cinta...menjadikan aku kadangkala buta...buta dalam cemburu cinta...maafkan diri ini...yang mungkin tidak mengerti...hati seorang lelaki...
                        Dulu...ada cinta sebelum kamu...namun telah lama ku tinggalkan cerita itu...yang ku mahu hanya kamu...kini...dan selama-lamanya...apa lagi yang harus ku katakan...? untuk ku buktikan kebenaran cerita cinta ini...bahawa sekeping hati yang ku miliki hanya untuk kamu? Sungguh aku takut hati ini hilang namamu...sungguh aku takut andai aku yang berpaling dari mencintaimu...tetapi yakinilah aku...CINTA HANYA KAMU!
                        Andai takdir menentukan kau tercipta untukku...sungguh aku ingin menjadi galang ganti...dan pergi dahulu sebelum kamu...sungguh sayang...aku tak mahu kehilangan kamu...
                        Siapakah kamu sebenarnya...? kamu yang membuatkan aku menemui hidup baru...ajaibnya cinta itu...tercipta sepantas cahaya...Aku ingin kamu mengerti...bahawa tiada yang kedua dalam hati ini...Percayalah jika kau kekasih...yang tercipta untukku...
                        Amarah lalu telah kutinggalkan terus...Ceria hidupku kini...adanya kamu...sirna...yang dulu kelam...Cinta baru itu datang...bahasa yang terlalu tinggi untuk ku ungkapkapkan...terlalu sukar untuk dimengerti...
                        Andai bisa ku undur waktu...ingin aku kenali kamu saat mulanya aku tahu tentang hidup...saat aku tahu apa itu cinta...cinta sejati yang tulus lagi suci...
                        Sayang...aku ingin kamu bermimpi indah...aku ingin kamu terus bergelak riang...biarpun tanpa aku disisi kamu...
                        Sampai menutup mata aku cinta kamu...terlalu cinta... 

            Sungguh...madah yang aku cipta tidak seindah alunan cinta majnun kapada laila...tidak selantang romeo merayu kepada si cantik juliet...tidak semanis bicara cinta sulaiman kepada balqis...tidak seagung cinta suci muhammad kepada khadijah...
            Aku juga tidak mampu untuk membina istana cinta semegah shah jahan membina taj mahal kepada mumtaznya...apa lagi untuk menjadi seperti rama dan sita...
            Aku hanya wanita biasa tidak sehebat zulaikha...tidak semulia aisyah...tidak secantik ainul mardhiah bidadari syurga yang tercipta untuk lelaki-lelaki yang dirinya berjalan di atas redha Allah...
            Wahai orang yang lembut hatinya...aku cuma insan biasa yang berpegang pada nama Azura...yang tidak punya apa-apa melainkan diri yang penuh kekurangan dan ketidaksempurnaan...namun satu yang pasti ku miliki tetapi tiada pada insan lain adalah...
            AKU MENCINTAI KAMU DENGAN SETULUS HATI INI LEBIH DARI YANG KAU TAHU...














            ok done :)

            p/s: i love u 




            study la zura oiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

            aku ngah malas nak study skang
            member2 sume dh nk abis buku
            aku baru nak start
            pe nak jadi la ngan aku ni
            skang bukan zaman aku SPM ag
            siyesly time form 5 aku mmg rajin menelaah
            aku tak tau napa skang xleh nak jd macam dulu lagi
            hmm tahlah

            nk kne sebat dulu baru nak study kot??

            tiap kali bukak buku

            zzzZZZZZzzzzzzZZZZZZ


            p/s: blaja untuk apa

            Saturday, May 14, 2011

            bila kita mencinta~~~

            bila kita terlalu mencintai die
            die xkan sedar dgn cinta kite
            bila kite terlalu ambil tahu tentang die
            die igt kite kongkong die
            bile kita kata kita btol2 rindu die
            die diam je
            bila kite suka marah2 die
            die kata kite banyak membebel kat die
            bile kite cemburu kat die
            die kata cemburu x tentu hala



            tak tau la pe yang sebenarnya die nak



            bila sampai masa kite bukan lagi diri kita
            jangan tanya sebab apa berubah hala

            p/s: patah hati
            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...